24 September, 2012

❤ Hati (noktah)






Assalamualaikum ^^



Malam. Dingin. Ya, seperti malam semalam. Aku di hadapan laptop. Ntah kenapa. Fikiran kusut, melayang pergi jauh. Ntah kemana. Esok ada test. Tapi aku masih di depan laptop. Apa yang aku buat, jugak aku tak mengerti. Perasaan hari ini. Banyak, mungkin beratus, beribu. Takda siapa yang tahu. Hanya bolehku kongsi kepada sahabat-sahabatku. Alhamdulillah, mereka mengerti. Terima kasih >.< 



Alhamdulillah. Hari ne sampai juga puasaku. Terima kasih Allah. ^^ Bersyukur tiap kali pada nikmatnya. Walau kita susah, senang harus ucap syukur. Dialah pemberi nikmat dan rezeki untuk kita. Updated status di facebook. Hanya luahan hati yang meronta. Kawan hanya 'like' 'komen' tapi tak ramai yang faham apa dalam hati ini. Di usiaku yang semakin meningkat. Yah matang sudah kan ! Boleh fikir jauh. Sejauh yang boleh. InshaAllah semester akhir di institusiku. Aku harap aku berjaya bersama mereka. Kawan-kawanku. 



Banyak yang ingin aku ceritakan pada mereka yang membaca blog buruk ini. Dari hati, hinggalah dari yang aku rasa tak perlu bagitahu. Tapi hati aku ingin beritahu pada satu dunia. Perasaanku membuak-buak. Airmata jatuh tanpa henti. Fikir perkara yang remeh temeh. Manusia sekeliling tanpa perasaan. Aku kenal kau ? Mungkin ada perasaan benci, dengki dan tak puas hati. Yah aku pun tak tahu. Tak semua orang suka kita. Right ? Biarkan saja. Anggap seperti angin yang berlalu dengan pantasnya. Ya Allah. Ujian apakah ini. Aku cuba kuat. Cuba sabar. Tapi manusia juga lemah seperti aku. Semangatku ingin belajar, rapuh ditengah jalan. Sekarang saja aku tidak tahu berbuat apa. Lepas post ini di publish. Aku tak tahu. Buku menanti untuk digapai, 'bacalah aku, esok kamu akan menjawabku'.  



Ya Allah kembalikan semangatku. Beri aku kekuatan itu. Walau tak banyak, sedikit juga aku bersyukur. :'(
Aku rindu. Ntah perasaan apa ini. Kenapa manja betul ? Tak lepas satu hal. Aku teringat kisah yang pernah diceritakan. Dimana-mana sahaja, semua pun pasti sudah tahu. 


Ayah !Ayah, maafkan aku. Kerana aku kakimu terhenti untuk melangkah ke pintu syurga. 
Kerana aku kau tanggung segala dosa-dosaku. 



Aku takut ! Teringat wajah baba. Aku sedih ! :'( Seharusnya aku perlu jaga diri, jaga keperibadian. Aku punya abang. Yah ! Dia menjagaku sebaik mungkin. Dia cuba didik aku untuk berubah lebih baik. Tapi aku degil. Hati apakah ini. Jika, masa tidak mengizinkan aku untuk berubah. Aku tak sanggup melihat baba menanggung dosa-dosaku. Ya Allah, izinkan aku untuk ubah segalanya. Aku sayang mereka. Bukan mau hipokrit. Bukan mau minta simpati sesiapa. Ini dari hati. Aku ingin luahkan apa yang aku rasa. Tak tahan aku menahan sendiri. Bertubi-tubi masalah yang datang. Ingin luah pada mak. Takut, kerisauan yang datang. Tak perlu kot. Aku sudah dewasa. Bahagiakn mereka tangungjawabku bukan menyusahkan mereka. Hanya satu. Dia di-Atas. yang sentiasa ada buat hamba-Nya yang sabar. Sudah pasti. Aku ingin salah satu dari itu. Oleh itu, sabarku perlu ke hadapan dan marahku perlu undur jauh ke belakang. 



Mungkin sekarang aku sedang muhasabah diri. Tapi esok aku takut jika aku lalai. Jika aku alpa. Oleh itu aku berdoa. Tak henti. Mungkin bukan sekarang. Mungkin esok, lusa dan akan datang Allah akan makbulkan doaku. InshaAllah. Aku juga ingin jadi muslimah yang baik, anak yang solehah. Seperti sahabatku, mereka ingin aku seperti mereka. Sememangnya aku boleh, tapi perlu waktu. Tidak dengan mengejut takut andaian manusia menimbulkan pelbagai fitnah. Oleh itu, aku hanya perlu ikhlas. Aku ingin jadi kebanggaan mak ayah. Siapa yang taknak ? ^^ Kamu wanita, sama juga seperti aku. Mungkin kamu juga ada perasaan yang sama seperti aku. Mohon, aku tak perlukan sindirian tapi aku perlukan kata-kata semangat dan doa dari kalian. Semoga aku beroleh hidayah dari-Nya dan kita semua. Amin Ya Rabb ! ^^





*menjadi muslimah sejati bukan hanya dari pakaian juga daripada hati dan keikhlasannya.
inshaAllah ^^



Salam, aku yang kerdil di dunia ini. ^^