28 September, 2011

❤ Wordless Wenesday #2








 #saja letak gambar motif saya guna spectacless. Alooo, besarnyaa. Kui kui.



Ohhemmjaayyy! Mata aku belum dinyatakan rabun lagi. Tapi dah macam minah yg mata sepet aku neh. kalau tengok orang atau nk tengok apa-apa dari jarak jauh aku mmg tak nampak. So?? Kalau korang ada ternampak aku dekat mana-mana. Aku bukan sombong okay. Mata ja tak berapa nak sihat ne. I'll be check soon. Doakan mata saya tak rabun dan okay-okay jea. Aku tak nak pkai cemin mata. Sumpah! Tak lawa doh. Haha. Gurau jelah awak. Okay, sekarang nak kurangkan duk depan lappy. Alahai, cian dekat aku. Kbai. :)



21 September, 2011

❤ Wordless Wenesday #1






Sara: I Love You. Do You Love Me??
Azrin: Yes, I Love You Too. 








 eheeemmmmmmm. :)







Cinta tak perlukan makan tempat memahal. Cinta tak perlukan jalan naik kereta. Cinta juga tak perlukan yang sempurna. Bagi aku cukup dia membuat aku bahagia tiap masa. Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah atas cintaku pada-Mu yang kau sampaikan padanya. Kebelakangan ne banyak ja dugaan dan cabaran  yang datang tapi aku tetap kuat hadapinya sebab dia ada dengan aku.

Makin kau buat porak peranda aku dengan dia makin dia sayang  dekat aku tau. 

Haha. #jeleslah. Semoga hubungan ini kekal selamanya. Maaf entri bosan. Tapi ini penting buat aku dan dia.Thanks for colour my life with your love dear. I do. I love you so much. #nak muntah, silakan. 

p/s: Terima kasih sudi baca entri aku. Peace. Kbai. :D:D:D


















11 September, 2011

❤ Kerja Kalau Dah Bosan.




Hape ne?? Kuih kah? -.- blurrr




Ehemmm. Aku terasa ohsemmm dan terlebih comel rasanya. Haha. Konon. Padahal muka dah merah nak menyala. Malu! Menyampah! Kan. Kan. Apa ne? Siapa budak gedik kat atas tue? Haihhhh! Macam nak sekehh ja kepala dia. Erghhh! -.- Okstop! Apa ne. Ini adalah cara atau emm, apa yah. Haaa, caralah. Susah nak cakap just tengok jalah. Haha. Aku time-time bosan tadi. Terfikir juga, servay belog kawan aku dan terasa whuuuuuu. 

'Belog dia ada 'Fans Page Like' lah. Ohsemmmm tak?? Kan. :)

Jadi terasa hati nak jugaklah. Memang akan terasa macam nk 'kejar glamer' jewww buat benda ne semua. Hei. Hei. Sukati mak bapak tiri kau ja nak cakap gitu.Tiap orang memang ada mahunya. Stiap orang mesti akan rasa nak benda tue, nak benda ne. So, masalahnya disini. Menyusahkan korangkah?? Kalau tak, stoplah nk judging orang. Ok! Dah kau perempuan. Tak senonoh wei mengumpat bagai. Muka lawa, tapi ha'ah. Tak payah cakap kau pun tahu. #oupsss, maaf sangat-sangat kalau kata-kata saya yg melebih, biasa emo. Bedal. Erghhh! -.- 











And yeah, setelah hampir setengah jam cemtu. Dapatlah macam ne. Tapi dalam beberapa minit tadi tak menjadi ntah hape dia cakap tadi. Erghhh! Tension jugaklah. Tapi biasa 'LINE' sangatlah 'LEMBAP' so, senang sikit nak buat. Dan dan. .akhirnya dapat juga setelah menelaah setting semua. Apa yang dia mau, semua dah dipenuhi. Ambek kau. :D:D:D







Tadaaaa! Jadilah macam ne. Dan dan aku dah save dekat belog aku yang sakai itu. Euwww. -.-


Hehe. Kalau yang kawan dengan aku tu. Mesti like yah. Aku merajuk dekat kamu nanti. Ecehhh! tak. tak. Aku bukan macam ne. Tak malukah. Menyampah! -.- Heih. Just suka-suka ja, kalau korang rasa hati nk like, like jeww. Tapi tak paksa pun. Kan. So, aku happy dan happy. Haha. Ok, nak ge makan malam dulu. Sampai jumpa. Dan lepas ne, aku boleh publish entri aku dekat page aku ja senang. Kalau nak like, just click sini. http://www.facebook.com/pages/Sara-Mayy/193336147403315 
Haaa'elehhhh. sengal ahh aku ne. Nak minta like segala. adui. Malu. Malu. Abaikan. Oklah. Have fun! Sampai jumpa. Byebye. :) Salam sayang Sara.





❤ Hujung Minggu Aku.







Saja nak letak gambar sendiri. Menyampahkann! -,-
#baru balik dari jenjalan. Ohh, sanghat penat tapi tetap buat muka ter-comels. auww. auww. Rindunya MySayang. Haha. Tetiba :)





Ehem. Assalamualaikum sweety and the handsome guy. Semoga sihat hendaknya. :D:D:D and peace. peace. Hehe. Tetiba, aku rajin nak update belog ne. Hehemmm. Hujung minggu aku, biasalah duduk dekat rumah ja. Tapi tadi pagi dah jalan tadi dengan family macam biasa, daily aku akan pergi 'Pasar Tamu'. Hehe, aku ne suka sangat jalan. Pegi mana pun, aku takkan bosan yang penting aku nak jalan. Around 10a.m sampai 2p.m baru balik. Whoaaaa. Ok lettttuwwww. Balik-balik yah, macam biasa akan tolong mama aku masak, makan dan harus! Lappy didepan mata. Hoho. Macam dah jadi kapel kedua aku pulak dah kau lappy. Hehe, MySayang jangan jeles ok. Kitewwww dah kol MySayang, dia pun tgh jalan dengan member dia. what the??? Takpa ahhh, biarlah dia ge jenjalan ngn member dia. Aku tgh happy ne, sebab aku dah tengok 3 kali filem ini. Untung sangat-sangatlah ambil pakej INDO-PEK ne. Berbaloi doh. Banyak filem dan drama yg hebat. Sebenarnya filem ne, main hari jumaat lagi jam 9p.m kalau tak silap aku. Tapi kerana aku kepenatan dan sakit badan. Aku tertidur. Lagi pula, aku lupa dan tak ingat. Paginya, aku tengok tv aku tekan INFO. Ohhheeemmmmjaaayyy!! Kenapa aku boleh ketinggalannnn!!!!!. Tapi tak pa, aku masih boleh tersenyum sebab astro kan ada ULANGAN! Yahh, ULANGAN!!!!! Gila, aku senyum sampai ke telinga. Dan aku carilah dalam jam berapa dia akan main balik. Ohhh! Dia main dalam jam 2 tadi kot. Dan aku tengok lagi, semalam dah tengok dah. Haha. Tamaknya aku. -.- #jangan tiru gaya ini.








Filem 'Heart To Heart' 


SINOPSIS:
Dalam Sinopsis Film HEART 2 HEART mengisahkan tentang dua remaja jatuh cinta dan segala problematikanya. Sebuah pertemuan antara Pandu (diperankan oleh Aliff Alli) dan Indah (diperankan oleh Irish Bella) di sebuah danau membawa keduanya menjalani sebuah hubungan. Namun sayang kisah cinta dua insan ini harus mendapat hambatan setelah Ibu dari Indah (diperankan Wulan Guritno) ternyata memiliki calon pasangan untuk anak bungsunya itu. Konflik film semakin tinggi saat sebuah kecelakaan menimpa Indah, akibat tragedi ini Indah harus kehilangan penglihatan dan suaranya. Indah yang hubungannya dengan Pandu terputus setelah kejadian ini sedikit terhibur setelah sang kakak, Clara (diperankan oleh Arumi Bachsin) pulang ke rumah untuk mengurus adiknya itu. Pandu yang tulus mencintai Indah berusaha mencari tempat Indah berada. Akankah cerita cinta mereka berakhir bahagia?


#aku copy dari web. Original okay! :D:D:D









Irish Bella & Aliff Alli
(Pasangan yg sangat secocok)












Sumpah!! Filem ini buat aku nanges dohh. Ahh, biasa anak remaja. Lumrah kalau tengok filem beginian sedeh-sedeh. Macamlah kau tak pernah. Erghhh! -.- #emo, ha'ah aku memang suka emo kalau tiap kali taip entri. Sesaja. Blurrrr. :D:D:D 

Indah (Pelakon wanita) buta sebab kemalangan. Tapi Pandu (Pelakon lelaki) pula, ada penyakit jantung. Alahai, kesiannya sangat. -.- Endingnya, lelaki mati. #oupsss, maaf bahasa kurang sopan. Meninggal maksud aku. Yah!! Dan, mata Pandu diberikan/didermakan buat cinta hatinya Indah. Whoaaaa, pengorbanan yang sangat besar enn. Begitu hebatnya cinta. Sampai mati pun, cinta mereka tetap bersatu. Yah yah, ini cuma filem. Cerita yang diadaptasi dari pelbagai aspek. So, remaja memang kena ahh kalau tengok filem ne, mana tau dapat pengajaran yg baik kan. :) Hehe. Dah 3 kali tengok, ok best!! Ada lagi filem cinta remaja akan main tiap hari jumaat. Kalau nak tengok pastikan anda melanggan pakej INDO-PEK. Haha. Tetiba nak promo bagai. Takda kena mengena dengan entri ini ok. Hehe. Oklah, petang ne nak training driving dengan ayah kitewwww. Training ja dulu, nanti dah terer baru ambil lesen. Belum cukup bajet. Hehe, insya-Allah. Pelan-pelan. Doakan saya. :) And, again terima kasih sudi baca entri yang agak membosankan ne. Just aku nak share info yang aku suka ja. Korang mesti tengok cerita ne okay. Take care. Byebye. :D:D:D



05 September, 2011

❤ Puasa Ganti. Ganti Puasa.



Haaa. Ne nak bg ingat sikit. Kalau dah rasa boleh nak ganti puasa tu, gantilah cepat-cepat. Lagi cepat lagi bagus enn. 
#Gambar kunon bg amaran tp tetap senyum. Cehhh! :D:D:D





Ehem. Assalamualaikum. Hai, semuaaaaaaaaaaa. Aku takda benda sangat nak dikongsikan. Just berkongsi pasal puasa yg nak digantikan. Pepahamlah, kalau perempuan tu. Mesti enn ada yg m'ganti puasa. Mungkin ada yg tak bergantung dengan kesuburan masing-masing. Copppppppp!! Entri agak personal sedikit tidak apa kan. Haha. Aku tahun ne ja nak kena ganti ******* hahaha. Bukanlah cemtuh total dia. Just suka-suka ja tu. Kalau tak ganti pada tahun ne, tahun depan berganda pulak. Haaaa, kau nak?? Aku tak nak. Tapi aku nak carilah time yang sesuai untuk mengganti puasa ne. Bukan apa. Takut tak dapat menahan diri dari segala yang mungkin. Siapa tahu enn. Sia-sia ja kot kau ganti puasa tak sah. Nanti nk ganti puasa ber-double lah jawabnya. Haaaaihhh! So, esok dah nak masuk kerja balik. Sebagai pelatih yg berdedikasi, harus semangat datang kerja. Cehhhh! Melalut ntah apa aku ne. Ouhhh, raya belum habis lagi.Kuih dekat rumah aku masih banyak lagi doh. Esok boleh bawa bekal untuk breakfast enn. Save bajet. #padahal m'savekan duit raya wuuuu. Yelah, dah kena pandai jimat. Jgn nak membazir sangatlah. Kitewwwww bukan orang kaya pun. Mak ayah pun bukan orang senang. So, pepandailah sara oii! Hehe. Aku counting ada lagi 3 bulan lebih kot untuk aku menghabiskan latihan praktikal aku. Yahooooo!. Ehhhh, jangan nak happy sangatlah. REPORT!! Ha'aaaahlahhh. Report! Adui, ne yang buat kepala aku pecah ne. Satu kata pun aku belum setat lagi. Adui. Terpaksa cari bantuan. Haha. #takpa, lekkkk lukkkkkk. Masalah boleh disettlekan. Serahkan pada yg pakar. Hapa? Kau ingat aku nak copy+paste macam kau kah? Salahkah just nk buat rujukan, taulah kitewww nak tengok kerja dia. Tapi pepandailah kau putar belit. Ada otak cuba pakai sikit. Cuma, perlukan waktu dan masa yg sesuai. Insya-Allah akan siap dengan jayanya. Amin.




Ya Allah, sara muka atu jangan nk bajet comellah. :)





Kau punya hal lah. Sukati aku. Belog aku enn. Ehh, emo lagi. Kitewwww rindu, sayang NA kiteww. Kau dekat mana sayang. Dengar tak aku panggil kau. Aku perlu kau. Banyak benda aku nak cerita dekat kau. Tolong jangan senyap ja. Hanfon tue cuba angkat bila aku kol. Kau tak kesian dekat aku kah?? #ayat bajet nk minta kena pujok letttuwww. Aku rindu sayang kamu. Heihehi. Cm pernah dengarlah. Tajuk lagulah. -.- Oklah nak ge makan malam. Sory entri agak membosankan. Haha. Aku dah tak tahu nak taip apa. Haaa, bedal amek kau. Kbai. NA ilysm :*





03 September, 2011

❤ 3rd Syawal



Assalamualaikum atok, nenek, makcik, pakcik, abang, kakak dan adik-adik semua. Happy raya, best tak? Waaaa, raya-raya juga. Tapi jangan lupa kawan-kawan kita diluar sana yang serba kekurangan. Kita disini, happy-happy beraya, tapi mereka disana menangis, ketakutan dan sangat tiada ibu bapa. bersyukurlah dengan segala pa yang kita punya. Apa yang kita dapat. apa yang kita miliki. Jangan salahkan mak ayah kalau korang tak dibelikan baju baru, seluar baru mahupun kasut baru. Korang pernah tanya tak, mak ayah korang ada beli tak untuk keperluan mereka sendiri. Tak ada kan? Sebabnya mereka lebih pentingkan kabahagiaan anak-anak. Cukup melihat anaknya gembira, cantik dipagi raya sedangkan mak ayah pakai baju yang lusuh ja. Fikir ahh korang. Jangan nak sibuk marah-marah dipagi raya, hari-hari raya yg lain. Fikirlah sikit pengorbanan parents korang.  Huh! :'( aku nak nanges ahh. Entri touching gila. Sara dah stop okey! #lap-lap airmata. Cehh, tipu!. Haha, aku nak kongsi dengan korang semua. Raya ke-3 aku dan kawan-kawan aku beraya bersama. Best sangat! Dah dah kawan-kawan aku superb ahh! Best korang. Terima kasih juga sudi datang ke rumah yang tak seberapa. :) Oklah, aku malas nak cite pepanjang. Just korang tgk gambar ja ok? :D:D:D








Superb Friends! :D









Semua lawa, aku ja sakai. -.- tsk tsk.








Ana, Amiey dan Mira. :)









 Amiey, Iras dan Siah. :D 
#guna jari pun boleh. Diorang ahh ne yg buat aku tak kering gusi ketawa ja. thanks kamu kamu. awesome!









BFF. Setia kemana, walau apa yang jadi tetap berempat. kan. lovechuuu my pretty girl. :)









 Hoho. Romate kitewwww. . :)









Amiey sayang. Cantik rambut babe. :P









Mak ngah merah, dan aku baju ne nk meroon mcm nk merah juga. Ahh, bedal. 
#baju kitewww sama dengan ehem ehem.





Oklah, continue pula beraya dengan si dia. cekidaut!












around 5.oo p.m at Taman Semarak.









 Whoaaa. .blushing pp aku. Haha. Malu letttuwww. :O Hoho.










 Aisehhhh! Trep-trep tgk tv, padahal teman lelaki dok pandang kitewww dekat dpn nun. :)












 Adik ipar kitewwww. Syakila. Comey ahh kau dik, geram tgk. :*











 My only one. #Gambar nampak tinggi. Depan mata pun tinggi jugak. Heih. Syg awak. Muaacc! :*













Haha. Sah sah aku mmg pendek. Jeles. 
#He smile, i smile too. Alahai, sweetnya. :* Kperasan.






Saat-saat yang mengembirakan ialah saat aku bersama denganmu. Cecehh! Aku sayang kau. semoga kebahagiaan ini kekal selama-lamanya. Amin. Oklah, aku dah ngantuk. Salam sayang buat semua. Terima kasih pada yg sudi baca belog aku ne yg xseberapanya. Belog aku tak lawa mcm belog dia tue. Tak banyak pun yg view or apakah. It's oklah, aku tak pentingkan semua tue, yg penting aku just nk share cerita hidup aku dekat korang. Oklah, kitewww nak ge tuttt dah. Kalau ada keluangan masa, aku update belog lagi. Aku mmg bolehlah sgt-sgt nk update belog tapi line ne ter-sangatlah 'pantas' kan. Awak, awak semua jaga diri. Jangan makan banyak sgt tau dihari raya ne. Aku plan nk seimbangkan lagi pemakanan aku dgn rutin harian aku. Tengoklah body aku yg slim-melim. Takut jugalah teman lelaki kitewww tgk. Alahai, sayang janji awak tengok kitewww sihat. Dah ok tue. Kan.! Btw, i love you so much!. Cecehh! #jiwangnya, puikkkk! . Kbai. Selamat berhari raya ke-4, ke-5, ke-6 dan seterusnya. :D:D:D:D