24 September, 2012

❤ Hati (noktah)






Assalamualaikum ^^



Malam. Dingin. Ya, seperti malam semalam. Aku di hadapan laptop. Ntah kenapa. Fikiran kusut, melayang pergi jauh. Ntah kemana. Esok ada test. Tapi aku masih di depan laptop. Apa yang aku buat, jugak aku tak mengerti. Perasaan hari ini. Banyak, mungkin beratus, beribu. Takda siapa yang tahu. Hanya bolehku kongsi kepada sahabat-sahabatku. Alhamdulillah, mereka mengerti. Terima kasih >.< 



Alhamdulillah. Hari ne sampai juga puasaku. Terima kasih Allah. ^^ Bersyukur tiap kali pada nikmatnya. Walau kita susah, senang harus ucap syukur. Dialah pemberi nikmat dan rezeki untuk kita. Updated status di facebook. Hanya luahan hati yang meronta. Kawan hanya 'like' 'komen' tapi tak ramai yang faham apa dalam hati ini. Di usiaku yang semakin meningkat. Yah matang sudah kan ! Boleh fikir jauh. Sejauh yang boleh. InshaAllah semester akhir di institusiku. Aku harap aku berjaya bersama mereka. Kawan-kawanku. 



Banyak yang ingin aku ceritakan pada mereka yang membaca blog buruk ini. Dari hati, hinggalah dari yang aku rasa tak perlu bagitahu. Tapi hati aku ingin beritahu pada satu dunia. Perasaanku membuak-buak. Airmata jatuh tanpa henti. Fikir perkara yang remeh temeh. Manusia sekeliling tanpa perasaan. Aku kenal kau ? Mungkin ada perasaan benci, dengki dan tak puas hati. Yah aku pun tak tahu. Tak semua orang suka kita. Right ? Biarkan saja. Anggap seperti angin yang berlalu dengan pantasnya. Ya Allah. Ujian apakah ini. Aku cuba kuat. Cuba sabar. Tapi manusia juga lemah seperti aku. Semangatku ingin belajar, rapuh ditengah jalan. Sekarang saja aku tidak tahu berbuat apa. Lepas post ini di publish. Aku tak tahu. Buku menanti untuk digapai, 'bacalah aku, esok kamu akan menjawabku'.  



Ya Allah kembalikan semangatku. Beri aku kekuatan itu. Walau tak banyak, sedikit juga aku bersyukur. :'(
Aku rindu. Ntah perasaan apa ini. Kenapa manja betul ? Tak lepas satu hal. Aku teringat kisah yang pernah diceritakan. Dimana-mana sahaja, semua pun pasti sudah tahu. 


Ayah !Ayah, maafkan aku. Kerana aku kakimu terhenti untuk melangkah ke pintu syurga. 
Kerana aku kau tanggung segala dosa-dosaku. 



Aku takut ! Teringat wajah baba. Aku sedih ! :'( Seharusnya aku perlu jaga diri, jaga keperibadian. Aku punya abang. Yah ! Dia menjagaku sebaik mungkin. Dia cuba didik aku untuk berubah lebih baik. Tapi aku degil. Hati apakah ini. Jika, masa tidak mengizinkan aku untuk berubah. Aku tak sanggup melihat baba menanggung dosa-dosaku. Ya Allah, izinkan aku untuk ubah segalanya. Aku sayang mereka. Bukan mau hipokrit. Bukan mau minta simpati sesiapa. Ini dari hati. Aku ingin luahkan apa yang aku rasa. Tak tahan aku menahan sendiri. Bertubi-tubi masalah yang datang. Ingin luah pada mak. Takut, kerisauan yang datang. Tak perlu kot. Aku sudah dewasa. Bahagiakn mereka tangungjawabku bukan menyusahkan mereka. Hanya satu. Dia di-Atas. yang sentiasa ada buat hamba-Nya yang sabar. Sudah pasti. Aku ingin salah satu dari itu. Oleh itu, sabarku perlu ke hadapan dan marahku perlu undur jauh ke belakang. 



Mungkin sekarang aku sedang muhasabah diri. Tapi esok aku takut jika aku lalai. Jika aku alpa. Oleh itu aku berdoa. Tak henti. Mungkin bukan sekarang. Mungkin esok, lusa dan akan datang Allah akan makbulkan doaku. InshaAllah. Aku juga ingin jadi muslimah yang baik, anak yang solehah. Seperti sahabatku, mereka ingin aku seperti mereka. Sememangnya aku boleh, tapi perlu waktu. Tidak dengan mengejut takut andaian manusia menimbulkan pelbagai fitnah. Oleh itu, aku hanya perlu ikhlas. Aku ingin jadi kebanggaan mak ayah. Siapa yang taknak ? ^^ Kamu wanita, sama juga seperti aku. Mungkin kamu juga ada perasaan yang sama seperti aku. Mohon, aku tak perlukan sindirian tapi aku perlukan kata-kata semangat dan doa dari kalian. Semoga aku beroleh hidayah dari-Nya dan kita semua. Amin Ya Rabb ! ^^





*menjadi muslimah sejati bukan hanya dari pakaian juga daripada hati dan keikhlasannya.
inshaAllah ^^



Salam, aku yang kerdil di dunia ini. ^^

















❤ Selamat Hari Jadi






Assalamualaikum ^^



Di malam yg dingin sejuk berikutan dengan angin dari tingkap. Ohh ! sangat sejuk ! Ternyata tuhan berikan rahmat yang cukup indah. Sapa rasa sejuk malam ini. angkat tangan ? :p hehee. Okay, update blog ne senanyaa mau wish seseorang. Cecehh ! But mau wat lain sikit. Ne dia sorang je dapat mcm ne. Bukan maksud mau pilih kasih but mmg niat mau wat ne untuk dia. Hahahaha. ^^ tepat jam 12 ! Jyeahhhh !



HAPPY BIRTHDAY TO NOOR HAFIZA HANIS 



Dear, anis ! Happy 21 years old dear ! Happy tak bila umur dah jadi lain dekat belakang tu. Rasa best tak bila umur dah bertambah setahun. :p I love youuuu. Remember that ! Aku sayang kau sebab Allah. kau sahabat terindah aku pernah jumpa. Suka duka kau kongsi dengan aku. Kau tak pernah jemu mau dengar cerita merepek aku. dan aku harap aku antara 'kawan yang kau sayangi itu'


Dear, anis ! Be a strong girl ! aku tamau org panggil kau 'anak mamy'. walaupun sememangnya yah. aku mau kau kuat. kuat dengan apa ja. aku xmau kau fikir pasal cinta cintun tu. *kalau aku yh* :p sebab aku tanak kau kecewa, sakit hati, sedih lagi. aku xkuat tengok kawan aku mcmtu. inshaAllah jodoh itu ada. Kan ? 


Dear, anis ! thanks selama ne kau banyak bagi kami nasihat. Bimbing kami dengan baik, walaupun kau muda dari aku. *setahun je ponn* tapi kaulah penyejuk hati kami. Semoga Allah merahmatimu selalu. Semoga Allah menjagamu selalu. Semoga Allah beri kau perlindungan selalu. Semoga Allah mendengar doa-doa dan memakbulkannya. Amin ! ^^ 



Dear, anis ! Tak sedar sudah tiga tahun kita bersama.

Lepas ne, aku tak tahu dapat jumpa kau lagi atau tak.
Dapat senyum dengan kau lagi atau tak. 
Dapat peluk kau lagi atau tak. 
Dapat buli kau lagi atau tak. 
aku pun tak tahu semuanyaaa. Hmm :'(


Sayang kau anissss ! rasanya sampai sini ja aku mau merepek. ternyata pipiku membasahi tanpa disedari. *lap airmata* aku sayang kau. dan kau perlu ingat itu. !!!!! :p



*sory curi gambar kau !*



with love, Sara ! :*















13 September, 2012

❤ End Of August






Assalamualaikum (:


 senyummmmmm (:



Tak sedarkan dah bulan September sekarang. Cepat gilaaa masa berlalu. Now, aku dekat poli tinggal berapa bulan sahaja lagi. Semester akhir rupanya sudah diri ini. Ya Allah perasaan dupdap tu sentiasa ada. Today nak update blog. Saja-saja, boleh tak ? Alaaaa bolehlahhh ! *gedik* >.< okayyyy, ne nak habak maii. Bukan nak bawa gosippp ehh. Tak ! Last bulan ogos harituh. Cuti raya aku dengan excitednyaaaa dapat juga berjumpa dengan kawan lama aku. Yg dedulu dari form 1 sampai form 5. Ya Allah tak dapat bayangkn bila dah lama berpisah, akhirnyaaa dapat jumpa balik. Suka suka suka ! Dan aku mmg sayangkn dia sangat. *senyummmmm smpi hidung* :P



omei tak kawan itewww ne.



Bila berjumpa kawan lama, mcam-macam cerita yg dikongsikn. Kan Lyynn. Tapi cite kau ttp aku simpan. Itu janji kita kn. Semoga Allah bantu kau sahabatku, dalam apa jua yg kau inginkan. inshaAllah ! (: kalau ingat dulu mcmna kita berkawan, Ya Allah boleh ketawa sampai keluar airmata aku. Tula kehidupan berputar dengan pantasnyaaa tanpa kita sedar. Tuptupp ada member skolah yg dh berumah tangga seawal umur 22 tahun. Standardlah tu kan. Hihi. ^____^ dan bila jumpa aku. Soalan diorang tanya. “sara, bila lagi?” ooopssss ! kalau boleh nak bagi soalan tu hilangg dari ingatan korang bole tak? Haha. Belum tiba masanya lagi. inshaAllah akan ada juga tu. (: Tapi soryy guys, yang aku xsempat pergi wedding korang. Almaklum , budak masih stdy. Busy sama buku je manjanggg. :P


Rindu nak jumpa korang lagi. Missyouu Dayang Fazlyn & Ramlah.



semoga Allah sentiasa merahmatiMu (:


...............................................................................................................................



Okay masih cerita yg sama dlm 31 of August 2012 harituh aku dan bff plan nk ge jalan-jalan celebrate merdekalah kononn. And kebetulan member sorang ne ajak ge Beaufort, kampong dia. Ntah jalan mana, aku dah lupaa. Tapi mmg best ah ! dapat juga nampak and rasa mcmna tempat tinggal orang lain kan. Tapi sebenarnya sama saja. Haha. :P kitaorang jenjalan by bus. Seawal jam 10 gituwww. Tapi ambil masa dalam dua jam lebih kot sampai beaufort. Alhamdulillah, sampai jugaaaa. Kalau dah namanya jenjalan mesti ada gambarkan. And semunyaaa gila bergambar termasuk aku. Hahaha ! :P


Dalam bus otw nk ge Beaufort, ada dua lagi mmber naik motor.
Almaklum pasangan awie & erra *jeling echa* :P


Dalam perjalanan mmg tak bosan balik-balik ketawa ja. Haha. Biasalah jalan-jalan melihat permandangan dan topik utama adalah ‘kaler dan rumah’ jumpa ja rumah cantik, semua bising dan mmg happylahh. Pakcik bus tu tahan telinga ja dengar kami yg sangat riuh dlm busnya ituuu. Soryy ah pakcik. Haha. :P sampai ja, anty (mama c Dila) ambil kami then terus jalan menuju ke rumah. Sampai dirumah apa lagi ? makanlahhhh. Lepas makan apa lagi ? ambik gambarlahhh. Bhahaa. :P


Favourite dlm rumah c Dila. :P


^___^v


#beautiful #happiness #smile *semua ada kan?*


And aku paling suka this picture. (:
But kekurangan dua orang kwn lagi *Pris and Kila*


So, itulah kenangan aku with other friends. Aku sayang semuaa kawan kawan aku. Semua yang mengenali aku jauh mahupun dekat. Perhubungan dengan sahabat memang tak terbanding dengan nilai wang yang ada walau kita punya segunung emas.


iLove YOU. uLove ME?




thankss reading yah ! :*























09 September, 2012

❤ Raya Saya (:







Assalamualaikum (:

Rindu tak? Ecehhh ! pleaseee jangan cakap korang rindu dekat aku please jangan. :P
*minta penampooo* >.<






Setelah sekian lama tak buka blogg. Amboiii dah tak ingatttkah hapee. Jeling pun jarang sekali. Apa punya Tuan Ladanggg ne. Hujung tahun tak dapat hasil, dapat apa? Tak dapat papelahhh. -.-‘ okayyy semua jangan stresss ! bhahaa. Soryy guy’s sebab lama tak hapdet blog. Dh msuk bulan september punn trafic turun mendadak. Hmm. Readers pun melarikan diri dengan jayanyaa. Tinggalah saya seorang diri. *padan muka* ecehhh ! ayat bajet mcm hotttsetafffff bagai *lempang nak*



How’s raya korang. Soalan mmg lmbt nak tnya. Dah lalu berapa syawal. Semua dah busy dengan kerja di office yg lain pulak busy dengan bukunyaaa. Termasuklah aku sendiri. Cuti raya harituh hanya seminggu dan seminggu bagi aku mmg taklah ! mana cukupp. Anak yg kerinduan fmilyyy ne. >.< tapi kerana sebegitu rupa, aku bukan anak pengarah poli yg semena-mena nak tambah cuti bagai. Minta hempapkah apa. So, kebusyan amat melanda diriku ini. Ayat terabur gilaa. -.-‘ harituh mmg dh nak hapdet tapi busy pulak nak packing brg, pergi rumah saudara berjejak kasih hinggalah daku kembali ke politeknik dan hingga sekarang baru dapat update bloggg. Jangan korang kata, korang muakkk baca blog aku dahlahh. Cakaplah korang rindukh apakh. Hahaa. *sila tampar saya?* :P




So, cerita raya saya biasa-biasa je. Macam korang juga. So, let’s see the pictures. Meh meh meh ! :P




Di pagi syawal yg indah. (: Syukur padaMu Ya Allah.


 rombongan di pagi raya menunaikan solat raya bersama. Happy family ^^ 



bersalam, bermaafan. jgn tanya aku nangeskh tak. akulah budak yg dulu nanges. >.<



 my beloved sisters, ada lg sorang tp dia amek gmbr. haha ! :P
*anak perempuan En. Abdul, yg tgh dh married okayy*



 at nenek house. Big family ? tak ! da ramai lagi, ne baru dua family tau. Hehee (:



 Ibunda si baba (nenek) with beloved wife. My mom. :*


 with cuzzy. semua cantikkannn. tengok nenek ahh ! comelll :*



 adik beradik yang dah married. alhamdulillah. nanti tambah sorang lagi. ^^



 pahlawan c atok and c nenek. jadi anak yg soleh yahhh ! ^^



 and here, my whole family. ramai yg tanya. sara kacukan apa. tengok baba saya, korang tahulah tu :P


ILOVEMYFAMILY




Lepas tu beraya with gegirls raya ke-empat tu. It’s very hapening and semuaanyaa happy. Kan girl’s ? because my friend dari Kota Belud datang ke Tawau ikut kitaorang. Yelaaa dah last sem kn. Nasib dia jadi ikut. Lagipun aku dan bff ada buat something utk dia. Hahaaa, nak tahu apa ? Teruskan baca blog aku ne okaay. Entri kali ne byk gambar dan sgt panjang kot. Haha. Pembalasan kerana dah lama tak hapdet blog. Kononkan ! :P




Beraya with friends mmg best sgt-sgt kn. Here's the pictures ! ^^



my beautiful girl's :)


 at Mira's House (:


menunggu ketibaan pemandu yg bertulih. haakhakks :P *otw mau pegi rumah Echa*



another pose :P *aku xda sbb aku yg ambik gmbr* :(



with Emilia sayangggg :*


And here's the surprise for my friend. Wendie. Happy Belated Birthday. Senaanyaa, bfday dia 7/8/12 haritu, tu pasal ajak dia balik kg kitaorang. Then baru celebrate sesma, and dia punya kenangan sama kami di Tawau. :) 





May God Bless you dear :*




enjoy the reading yah ! byebyeee ! :*









17 August, 2012

❤ Terakhir






Assalamualaikum. (;




Hari ini jumaat terakhir yang kita lalui dalam bulan ramadhan. Sedar tak sedar kan ! *k sedar cepat* how's raya ? Eh ! how's puasa korang ? Still penuh lagi. K saya tabik double-double dekat awak semuaaaaa. 
Mesti korang orang paling happy sambut raya nanti. Cecehhh ! Duit raya pun mesti manyakkkk ne. (:






*orang yang puasa penuh bolehlah senyum macam dia ne hah !*


*casing baru sebenarnya*


Lagi sehari puasa kita lalui. *ikut kalendar* maybe ahad kita RAYA ! Jyeahhh ! puasa yang penuh tu, sabar okay. Iman kena kuat sikit. Saat-saat mcmnelah banyak sangat godaan yang mendatang. Macam saya yang puasa tak berapa nak penuh pun akan tergoda juga. So, sila kebalkan iman korang okay. (:



Hari terakhir kita bersahur dan berbuka puasa. Selama sebulan kita berpuasa. Dulu puasa pertama macam rasa lama sangat. Dah sampai puasa terakhir ne rasa kejap pulak. Mcm tak cayeee ! Tapi sila percayaaa yah ! haha. tapi takkan terakhir buat sesiapa yang still akan mahu berpuasa. Semua dari diri kita. Yang puasa tak penuh tu. Sila ganti awal-awal puasa anda okay *sayanyee punnn* -,-'



Tapi terakhir apa pun dalam bulan ramadhan. Jangan biar amalan kita berhenti hanya bila bulan ramadhan sahaja. Biarlah istiqamah orang kata. Sampai bila pun kita kena sentiasa ingatkan diri. Kalau dalam sebulan kita dah mampu untuk kawal diri dalam banyak hal. Yah ! Alhamdulillah. So, teruskan. Maybe ada boboyy yang sebelum ne merokok tanpa henti. Bila puasa kan kena kurangkan merokok tu. So, pelan-pelan ia akan membantu anda. Trust that ! (: Macam saya. Bulan puasa yang sebelum ne dilalui dekat asrama. Rasa takut tu kurang sikit dah sebab rasa dalam diri dan percaya yang Allah ada dan sentiasa lindungi kita semua. Alhamdulillah. Saya masih sihat dan dalam keadaan baik sekarang. (:



Ya Allah ! Mcm sedih je rasa nak tinggalkn puasa. Tapi puasa akan tetap pergi. Ntah tahun depan kita dapat jumpa lagi atau tak. Kan ? Semoga puasa dan apa yang kita lakukan bukanlah yang TERAKHIR untuk kita. Kena ingat tu k ! Banyakkan berdoa. Percayalah. Doa-doa kita dalam bulan ramadhan tu insya-Allah akan didengar semuanya yang penting HATI kena ikhlaslah. (:


RAYA ?



Sekarang dalam mood berkemas-kemas. *kemas rumah* Hampir 88% selebihnya esok. Banyak rehat sebab banyak anak buah kena jaga. Diorang bangun tidur je. mestilah mashu dan makcik dia yang lain ne kena jagakan. So, kerja semua ter-gendala buat sementara waktunya. (: Apa pun persiapan raya, semua dah settle. Cuma saya takda kasut. Tapi bolehlah guna kasut perkuliahan. Alaaa, raya berapa hari je. Kan  ? Kasut saya tu cantik lagi. Membazir rasanya kalau beli hanya untuk bergaya. No. No. Sifat tu kena buang sikit. Kalau boleh buang jauh-jauh.Raya kena juga, tapi selitkan dalam tu sifat berjimat cermat. Diri sendiri untung. (:




muka tanpa secalit make-up mahupun foundation. -,-'




SELAMAT BERPUASA DAN 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA



ps: next update about raya saya. (: 










06 August, 2012

❤ Hamba Allah






Assalamualaikum (:



ramai yang puasa tapi tak solat. dan ramai yang solat tapi tak puasa. awak dan saya dalam golongan mana ? tak perlu nak kata diri siapa macam mana. hanya diri kita yang akan dinilai oleh Allah kelak. bukan parents kita. bukan sahabat handai kita dan bukan orang lain.


"orang baik akan solat dan semestinya yang solat itu insyaAllah orang yang baik-baik"

............................................................................................................................

 jum kita jumpa Allah ! (:



jangan pernah tinggalkan solat anda kerana solat tiang agama kita. bila kita tidak solat maka runtuhlah tiang yang kita bina. insyaAllah bila kita sentiasa solat, ingat Allah. kemana pun kita pergi kita takkan ter-sesat dari ajaranNya. Kalau takut akan azab Allah sudah pasti kita akan takut untuk tinggalkan suruhan Allah. rumah Allah pun sentiasa terbuka. bila kita menginginkan jodoh yang baik, yang solat, yang tahu hal agama. kenapa tidak kita yang sebegitu. maka persiapkan diri kita terlebih dahulu. jodoh dan ajal maut ditangan Allah. bila-bila Allah boleh tarik semua tu.
#just renungan bersama.


Marilah kita berebut-rebut mengejar cinta dan keredhaan dari Allah.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


semoga kita berada dalam redhaNya. Amin.








03 August, 2012

❤ Ada Banyak Sebab





Assalamualaikum (;




Orang kata. Kenapa mesti Hello Kitty. dan kenapa mesti obses sangat dengan benda ne. For me, awak langsung takda perasaan kreatif dan nilai kecomelan itu. sedar tak sedar. Benda ne banyak menambat hati ramai orang termasuk saya. Dari dulu lagi, aku dah minat dengan ne. Cuma tak seberapa nak obses. Lama lama aku dapat sedar yang aku pun one of fans gilerkan Hello Kitty ne. Cakap je mana mana girls yang suka Hello Kitty. For sure, diorang pun setuju dengan aku. Dan ada banyak sebab kenapa perlu suka, jatuh hati dan obses dengan Hello Kitty ne. Lagi lagi, dengan kaler pink. Ingat dulu masa high school. Cikgu aku pernah tegur. 

'sara ne, semuanya pink. minat sgt dengan pink. tau tak pink tu warna apa?'
*aku blurr sekejap* 'warna apa cikgu'
'warna kuat nafsu'
*aku ketawa kecil dan just senyum*

warna memang memainkan peranan juga. Dan aku dari kecil suka warna pink sebabnya. Itulah, ada banyak sebab dan aku sendiri pun takleh nak cakap cemana sebab sebab tu. Nafsu? Yelaaaa nafsu pada barang barang yang comel dan pada Hello Kitty. Am i right ? For other girls outside. Tak perlu nak malu kalau setakat minat dengan Hello Kitty orang boleh cakap. 

 'eleh, dah tua bangka masih nk minat benda budak budak cemni'. Hey you ! Ada aku kisah ! 

awak boleh bagi dia flying kick kalau awak mau. ehh, memain je. Bagi aku, dari sekarang dan sampai aku kahwin dan beranak pinak pun. Aku akan setia minat dengan Hello Kitty. Kalau anak perempuan, memang baju dia berderet ah Hello Kitty dengan pink semua kan. Kalau baby boy. Erkkkk ! K tu fikir nanti. Kerana obses, dah tak tahu beza anak lelaki dan perempuan pun bagi pakai benda sama je. Kalau awak awak awak yang tak suka Hello Kitty. Sila buka mata dan lihat photo's ne. Maybe awak pun akan ter-minat sama. Muhehee. ^^



 cupcake. rasa sedih nk makan kalau cemni. -.-'


nak satu cemni. ^^



it's cute, right ? ^^



 ohhmygeeeee ! ^^



 ^^




 erkk ! yang ne tak tahu nak cakap apa. boleh cakap. COMEL!



 again. COMEL!



 pencil. sumpah aku tanak asah dia. buat collection je. ^^




Awak dah rasa teruja tak ? (: all the photo's copy dari weheartit. 







Macam yang aku cakap. ada banyak sebab untuk suka dengan Hello Kitty. Jalan kemana je. Hypermall or supermarket. Mata aku mesti tertumpu dengan barang barang hello kitty ne. Macam nak ambil semua. Tapi bergantung pada bajet. Bagi aku kalau suka, tak endah semua tu. Tak perlu rasa pelik untuk minat dengan sesuatu tapi ia adalah membuatkan anda berbeza dari yang lain. Maybe ada yang sama. *highfive*


 Hello Kitty and Pink tak boleh dipisahkan. Begitu juga aku dengan semuaaaaaaa ini. (:
 


Till the end. Kebaiiii !