12 October, 2011

❤ Friends'







'NO WONDER WE DO WE STILL BFF' 





Kalau korang masih ingat first time kita kenal. Kita belum tahu lagi latar belakang hidup kita. Kita tak tahu lagi apa yang terjadi kelak. Dengan izin dan jodoh Allah, kita ditemukan. Kita ber-lapan. Tapi lama kelamaan tinggal ber-empat. Still ber-lapan juga cuma yang empat tetap masih bersama. Tidur bersama, makan bersama, ketawa bersama, nangis bersama, jalan-jalan bersama, bersukan bersama, sambut tahun baru bersama. Semua kita rasakan bersama. Walhal perkara yang privasi pun kita kongsi bersama kadang rasa lucu pulak bila ingat balikkan. [kalau boleh balik ke masa dulu]. Tapi sekarang since naik sem4 kitaorang praktikal, walaupun praktikal di tempat yang sama kita ber-empat dah semacam buat hal masing-masing. Kurang luangkan masa bersama. Tak macam di polikk, asrama. Kan! ;) Yelaaa, dah stay rumah masing-masing. Kadang hal pun buat hal sendiri. Aku?? Aku akui aku mungkin jarang luangkan masa dengan kamu ber-tiga bukan sebab apa atau apakan. Kamu tahulah juga, macam kamu juga banyak buat itu, ini nak jaga rumah lagi. Aku pun dgn Azrin bukannya hari-hari jalan, dating atau apa. So, korang jgn rasa ahh aku neh nak lebihkan Azrin apa dari korang. Takdanyaaa.  -.- 





Mungkin kita semakin matang. Dah tahu mana baik, mana buruk. Sampai menilai kawan sendiri pun kita dah pandaikan. Mungkin kerana orang lain kita begini. Kerana bf or kerana lelaki. Kerana apa pun kita boleh berubah menjadi kita yang sebelumnya. Aku tak tahu hal sebenar. Seriously, tapi aku rasa memang dia selalu rasa tak puas hati dengan aku. Mungkin tak. Dan mungkin aku jee yang perasan. Yeahhh! Dengan perasan kuat itulah, semua jadi begini. AKU CUMA NAK TAHU SATU BENDA JEE. Kalau betul post kau tue takda kena mengena dengan aku. Why, kau tak tag nama aku. Nama wenddy jak yang hitam tu kau boleh tag. Ne pulak nama aku. Mungkin aku silap. Mungkin aku jee yang ter-over ter-sangat perasan. Aku pun manusia, kita manusia hamba Allah kau pun ada perasan aku pun ada perasaan. watlekk jee. Mungkin bagi kau begitu okayy. menyenangkan hati. It's ok. Aku dah lupa pun. Aku anggap ini semua tak pernah jadi. Tak penah datang pun dalam hidupku.





Tapi siapa yang tak terasa hati. Kalau dah macam ne, memang tak bertegur jawabnya. Aku malas nak cakap itu, ini. Nanti aku lagi disalahkan. Kau cakap hati yang mau dijaga. Tapi kau tak pernah fikir, bukan aku tapi yang lain pun mesti terasa if kau post-post mcmtu. Tapi kau bagi jelas lagi dengan meletak nama diorang. Tapi aku??? Nama aku?? Ada kau letak. Kau sendiri nda dapat bagi jawapan kenapa jadi begitu. Sudahlah, kalau memang begini akhirnya. Aku redha ja. Minta maaf sangat-sangat dekat kau. Aku tak simpan apa-apa dendam atau hati yang tak baik dengan kau. Semoga Allah temukan aku dengan hati-hati orang yang memang ikhlas ingin berkawan dengan aku. Dahlah, penat aku weii. Penat sangat. Penat aku menangis, merengek macam apa pun. Tak guna! Kesian Emy, mati-mati pujuk aku, tenangkan hati aku. Aku minta maaf yah Mie. Thanks kau faham aku. Jangan risau aku ok, kau jee yang tahu perasaan aku mcm mana. Walhal kau lebih lama kawan dengan dia. Aku tak kisah Mie, yang penting kita tak putus kawan. Just salah faham jee kan. Kau sendiri bgth aku, jgn ambil hati. Yahh aku cuba, walau sakit aku rasa tapi aku cuba demi persahabatan kita. [maaf aku nangis depan kau, buruk dohhh muka]





Fiza, aku minta maaf dekat kau jugak yeaaa. Aku harap kau tak ambil hati. Mungkin memang aku yang ter-sangat perasan. Mungkin bukan aku yang dimaksudkan. Tapi jangan risaulah eaa. Semua akan baik-baik jee. Kita ber-empat takkan kemana, sampai bila-bila. Semester depan kita ber-tujuh pulak. Yang sorang dah abis dahhh. Jangan kau nangis lagi eaa. Takda pa yang berlaku, semua ok. Don't worry dear. Kuatkan jee semangat kita, biasalh kita berkawan memang akan selalu macam ne. Akan gaduh, salah faham dan beginilah. Itu sebab apa. Untuk mematangkan kitalah, supaya kita faham apa erti kawan sebenar. Cuma jangan sampai ada simpan hati, atau perasaan yang tak baik. Aku sayang dekat korang sayang dekat semuanya. Aku nak ingatkan korang. Walaupun kita jau, durang Eca, Wenddy, Jue, dan Kila jau dari kita tapi tak bermaksud kita semua tak bertegur. Tak apa. Jangan fikir direct macam tue. Itu fikiran orang-orang bodoh. Fikirlah kita tetap berkawan sampai bila-bila. Kalau memang ada salah faham, ada tak puas hati direct jee bgth. Bincang baik-baik. Semoga hati-hati kita dilembutkan dan sentiasa dirahmati perhubungan kita ne. Amin. 











Dear firends,

Aku menangis

Aku ketawa

Aku diam sekalipun

Aku tetap sayang dengan kamu semua

Kamulah kawanku, keluargaku, adik beradikku

Maaf kalau aku tak jadi kawan yang baik

Andai kita tak dipanjangkan jodoh

Jangan kamu lupa dengan aku eaa

Salam sayang, Sara. ;))