25 November, 2011

❤ Sedar Diri Bila Kita Berada Dalam Kesenangan





Kau Tempatku Mengadu Hati
Memberi Segala Hidup
Dunia Dan Seisinya Milik-Mu
Mencinta-Mu Sejati

Aku Manusia Yang Penuh Dosa
Berharap Ampunan-Mu
Lihat Di Langit Kesempurnaan Hadir-Mu
Kau Cinta Pertama Dalam Hidup






Assalamualaikum, Hai dear bloggers there.
Salam Jumaat All Muslim ;)






Dulu kita berada di bawah, kita pernah susah. Kita pernah lalui kesulitan hidup. Tapi kita ingat Allah. Kita selalu bersujud pada-Nya. Memohon doa, rezeki dan ampunan dosa dari-Nya. Kita tidak lalai, kita tidak lupa. Anytime kita menepati masa untuk hadir dan bersujud pada-Nya. Bila Azan berkumandang, kita cepat-cepat ambil air wudhuk dan laksanakan tanggungjawab kita kepada-Nya. Sekali kita tidak menunaikan kewajipan ini, terasa hati tidak tenang. Ada saja yang tidak kena. Apabila kita sudah solat, hati cukup tenang segala masalah akan hilang dalam sekelip mata. Segala kepenatan, kerisauan dan segala apa yang kita takutkan tiada dalam diri. Kerana solat. Tidak memerlukan setengah jam untuk itu, hanya beberapa minit. Dapatkah kita selesaikannya dalam hanya 15minit. [agak-agak] Lihat diri, lihat akal, lihat hati. Dimana kita sekarang, dimana kita berdiri, dimana kita hidup dan dimana kita boleh senang sekarang ne kalau bukan dari-Nya.




Bila hidup kian maju. Kita semakin senang. Kita semakin lupa, leka dan semakin sibuk dengan urusan duniawi sahaja. Ke sana kerja, ke sana bercuti, ke sana have fun. Ke sana kita bersama kawan-kawan, keluarga. Tapi dalam kita gembira dan bersenang-senang. Ada kita fikir tentang Dia? Ada kita fikir untuk menunaikan solat dan bersujud pada-Nya? Walhal, masjid banyak dan ada dimana. Dimana-mana pun kita boleh solat, asalkan kita ingat pada-Nya. Itulah kita, manusia yang seringkali alpa, sering lupa pada-Nya. Bukan aku, bukan kau, bukan dia, kita semua. Lihat pada diri. Sejauh mana kita menuntut ilmu. Kita belajar untuk kesenangan dunia kelak. Tapi kita tidak ingat ilmu untuk akhirat. Hati yang begitu suci, putih dan bersih tiada noda. Tapi hari makin hari, kitalah yang patut menyucikannya. Kerana semakin kita leka, semakin gelap dan berdebu hati kita. Itulah kerananya, kita lupa dan lalai untuk tidak solat.






Dengarlah doa dan rintihan hatiku, Ya Allah - -'




Ya Allah, ampunkn dosa-dosaku
Ampunkan dosa orang tuaku, 
Kasihani mereka seperti mana 
Mereka mengasihi aku dari aku kecil 
Hingga kedewasaanku ini
Ampunkan dosa guru-guru 
Yang telah mendidikku sehingga menjadi
Manusia yang ingat pada-Mu
Manusia yang lebih baik dan sentiasa
Berada dalam keredhaan-Mu
Ampunkan dosa adik-beradikku
Ampunkan dosa kawan-kawanku
Ampunkan dosa umat manusia
yang berada di muk bumi-Mu ini


Ya Allah, tiada tuhan melainkan-Mu Yang layak ku sembah
Engkau Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
Sesungguhnya kami hamba-MU yang seringkali lupa dan lalai
Jangan Engkau jauhkan hati-hati kami Ya Allah
Sentiasa Engkau beri kamu petunjuk-Mu
Lindungi kami di dunia dan di akhirat-Mu kelak


Amin, Ya Rabbal Alamin.









Terim Kasih Allah, engkau berikan kesembuhan yang cepat padaku. Alhamdulillah. ;)






Bila-bila saja kita boleh berdoa, dan ambillah air wudhuk. Sesungguhnya, ia akan menhapus dosa kita smapai hujung kaki kita. Semoga kita masih dalam golongan umat-Nya. Amin. Amin.



ps: maaf jika ada hati yang terasa. Saya juga punya dosa, tapi tak salah kita kongsi ilmu Allah.
Buka hati jangan berfikir yang tidak baik. Allah Maha Mengetahui segalagala-Nya. Kan??



Love, Sara





0 hearts:

Post a Comment